Khutbah Arafah diterjemah kepada empat lagi bahasa

1 Jul 2022 • 5:50 PM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

KUALA LUMPUR : Khutbat Hari Arafah kini diterjemahkan dalam empat lagi bahasa sebagai penambahan kepada 10 bahasa yang sedia ada.

Tahun ini, bahasa Sepanyol, Hindi, Tamil dan Swahili dimasukkan sebagai tambahan kepada bahasa; Cina, Turkiye, Rusia, Hausa dan Bengali.

Ketua Pengarah Jabatan Tertinggi bagi Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi Sheikh Dr Abdul Rahman Al-Sudais memaklumkan inisiatif tersebut adalah bagi merealisasikan visi kepimpinan Arab Saudi untuk menyampaikan mesej kesederhanaan dan toleransi ke seluruh dunia.

“Inisiatif itu telah diperluaskan untuk merangkumi 14 bahasa dan terjemahan langsung khutbah Arafat memasuki tahun kelima, ”katanya dalam satu video yang dimuat naik di Twitter.

Masjid Namira di Arafah, Arab Saudi menerusi stesen-stesen televisyen dan radio tempatan akan menyiarkan khutbah Arafah secara langsung selain tiga aplikasi pintar (Arafat, Haramain dan Manaret Haramain) serta portal jabatan berkenaan.

Untuk rekod, inisiatif terjemahan Khutbah Arafah telah dimulakan sekitar tahun 2018 dengan hanya lima bahasa: Inggeris, Perancis, Farsi, Bahasa Melayu dan Urdu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved