'Khutbah Jumaat tidak sepatutnya sentuh politik'

Politics
2 Oct 2022 • 4:19 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Khutbah Jumaat adalah untuk merungkaikan soalan yang berbangkit dalam masyarakat kita. Foto hiasan

KOTA BHARU - Khutbah Jumaat yang menyentuh isu politik terutamanya yang dilihat condong ke arah kepartian tertentu tidak sepatutnya berlaku di negara ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary.

"Jika isu membabitkan politik yang berat sebelah (bias) kepada kepartian parti tertentu ia tidak sepatutnya berlaku dalam khutbah Jumaat.

Khutbah Jumaat adalah untuk merungkaikan soalan yang berbangkit dalam masyarakat kita. Tetapi sekiranya digunakan untuk tujuan kempen parti tertentu yang tidak ada maslahah umum kepada masyarakat ia tidak dibenarkan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Program Hari Sayidatina Khadijah Peringkat Parlimen Pengkalan Chepa di Pusat Tarbiah Islam Kelantan (PUTIK), di sini hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pengkalan Chepa berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai warga maya yang mempersoalkan ada masjid yang didakwa memasukkan isu politik di dalam khutbah Jumaat.

Mengulas lanjut, Ahmad Marzuk menegaskan perkara itu akan diserahkan untuk tindakan kerajaan negeri masing-masing untuk penelitian lebih lanjut. - Bernama

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved