KIA Pamer EV4, EV5, PV5 dan K4 Di KLIMS 2026, Perkenal Program Kia TotalCare

LocalCars
12 Jun 2026 • 10:27 AM MYT
TW Media
TW Media

Gedung Info Permotoran

Image from: KIA Pamer EV4, EV5, PV5 dan K4 Di KLIMS 2026, Perkenal Program Kia TotalCare

KIA Sales Malaysia memperkukuhkan kehadirannya di Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS) 2026 menerusi pavilion bertemakan “Bold & Progressive”, yang mengetengahkan barisan model global terkini serta pengalaman interaktif untuk pengunjung.

Antara tarikan utama ialah kemunculan sulung KIA K4 di Malaysia. Sedan segmen-C itu dipamerkan dalam spesifikasi GT-Line dengan enjin 1.6L turbo yang menghasilkan 193 PS dan 265 Nm tork, selain menampilkan rekaan terkini Kia berasaskan falsafah Opposites United.

Turut menjadi perhatian ialah tiga model elektrik global KIA aitu EV4, EV5 dan PV5. EV4 menawarkan jarak pemanduan sehingga 612 km (WLTP), manakala EV5 menampilkan kombinasi prestasi dan praktikaliti dengan jarak pemanduan sehingga 540 km.

Sementara itu, KIA PV5 yang dibangunkan menggunakan platform khas Platform Beyond Vehicle (PBV) menunjukkan hala tuju baharu Kia dalam sektor mobiliti komersial dan gaya hidup, selain telah menerima pelbagai pengiktirafan antarabangsa.

Bagi model yang sudah ditawarkan di pasaran tempatan, pengunjung KLIMS 2026 boleh melihat dengan lebih dekat serta memandu uji Kia Carnival dan Kia Sportage. Carnival tampil sebagai MPV keluarga dengan pilihan konfigurasi sehingga 11 tempat duduk, manakala Sportage pula menawarkan pilihan enjin 2.0 liter NA dan 1.6 liter turbo.

Selain pameran kenderaan, Pavilion KIA turut menyediakan pelbagai aktiviti interaktif termasuk permainan bertemakan FIFA World Cup 2026, instalasi seni visual berasaskan AI hasil karya artis Malaysia, Max Jala, serta kerjasama bersama Korea Tourism Organization (KTO).

Pada masa sama, KIA memperkenalkan program KIA TotalCare, yang disifatkan sebagai janji pemilikan paling berani oleh jenama itu. Pelanggan yang membuat tempahan model terpilih sepanjang tempoh promosi layak menerima manfaat seperti waranti sehingga lapan tahun, servis percuma, tayar percuma, rebat tunai dan insurans tahun pertama.

Melalui penyertaan di KLIMS 2026, Kia bukan sahaja mempamerkan teknologi mobiliti masa depan, malah memperlihatkan komitmen mereka dalam menawarkan pengalaman pemilikan yang lebih menyeluruh kepada pelanggan di Malaysia.

The post KIA Pamer EV4, EV5, PV5 dan K4 Di KLIMS 2026, Perkenal Program Kia TotalCare appeared first on TW Media.