Kia Sportage 2024 Dipertontonkan – CKD, 2 Pilihan Trenkuasa, Dirasmikan KLIMS 2024 Nanti

LocalCars
20 Nov 2024 • 10:00 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Pengimport dan pengedar rasmi jenama Kia di Malaysia, Dinamikjaya Motors, akhirnya mendedahkan perincian mengenai SUV Kia Sportage generasi kelima.

Kia Sportage 2024 yang dipasang secara tempatan (CKD) di kilang Inokom di Kulim, Kedah, bakal memberikan saingan dalam segmen SUV bersaiz sederhana (C-SUV).

Rekaan Bergaya dengan Sentuhan Moden

image is not availableimage is not available

Versi ini dibangunkan berasaskan model generasi kelima pra-facelift (kod NQ5), dan bukanlah model facelift yang telah diperkenalkan di Korea Selatan pada awal bulan ini. Model terbaru itu buat masa ini dikatakan hanya ditawarkan di pasaran domestiknya, dan dijangka mengambil masa sekurang-kurangnya dua tahun lagi sebelum ditawarkan di Malaysia sebagai model CKD, dedah Kia.

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

Walaupun begitu, Kia Sportage pra-facelift ini tetap tampil menyerlah dengan beberapa sentuhan menarik seperti rekaan lampu yang kelihatan lebih agresif dengan lampu DRL yang unik, rim dua tona berukuran 17 atau 19 inci yang menambah gaya dinamik pada keseluruhan rekaan, serta plat skid untuk sentuhan lasak.

Kabin dengan Teknologi Terkini

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

Bahagian dalam Sportage CKD direka untuk memberikan keselesaan dan kemudahan, sarat dengan teknologi seperti skrin digital berkembar yang bersaiz 12.3 inci, ini termasuk sistem infotainmen yang boleh disambungkan dengan Androdi Auto dan Apple CarPlay.

Bergantung kepada varian, ciri tambahan seperti sistem audio Harman Kardon, sistem kawalan pendingin hawa suhu dua zon dan pencahayaan ambien pelbagai warna turut disediakan.

Pilihan Enjin dan Prestasi

image is not availableimage is not available

Untuk versi lebih berprestsi, Sportage CKD diberikan enjin 1.6 Liter Turbocharged Gamma II dengan output kuasa 177 hp dan tork 265 Nm. Kuasa disalurkan kepada kesemua roda (AWD) melalui sistem transmisi tujuh kelajuan DCT.

image is not availableimage is not available

Versi seterusnya dipasangkan dengan enjin 2.0 Liter SmartStream dengan output 156 hp dan tork 192 Nm. Kuasa disalurkan kepada roda depan (FWD) melalui sistem transmisi automatik enam kelajuan.

Varian hibrid yang dikhabarkan sebelum ini tidak ditawarkan di pasaran Malaysia.

Sistem Keselamatan Komprehensif

Sportage CKD dilengkapi dengan pelbagai sistem keselamatan aktif dan pasif, termasuk bantuan pengelak pelanggaran hadapan (FCA), bantuan kekal lorong (LKA), pengelak pelanggaran titik buta (BCA) dan amaran lintasan trafik belakang (RCTA).

Pelancaran Rasmi dan Tempahan

image is not available

Kia Sportage CKD 2024 akan dilancarkan secara rasmi semasa acara Kuala Lumpur International Mobility Show 2024 (KLIMS 2024) pada bulan Disember ini. Tempahan awal kini dibuka di semua pusat jualan Kia di seluruh negara.

Walaupun harga belum diumumkan, Dinamikjaya Motors memberi jaminan bahawa model ini akan ditawarkan pada harga yang "sangat kompetitif," sesuai dengan standard pasaran SUV semasa.

Pembelian adalah termasuk jaminan dan penyelenggaraan percuma selama 5 tahun.