Kia Sportage Facelift 2025 Diberikan Sentuhan & Teknologi Canggih Seperti EV9 – Lambat Lagi Tiba Di M'sia?

LocalCars
7 Nov 2024 • 11:00 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Setelah mendedahkan teaser pada hujung bulan lalu, syarikat automotif Korea, Kia, akhirnya memperkenalkan Kia Sportage 2025 versi facelift di pasaran domestiknya. Berdasarkan model generasi kelima (kod NQ5), model facelift ini memperlihatkan reka bentuk yang diinspirasikan daripada EV9, selain beberapa peningkatan teknologi dan mekanikal.

Rekaan Baharu Lebih Segar & Berani

image is not available

Dari segi visual, sentuhan yang diberikan kepada Sportage kali ini menyamai model-model terbaru Kia yang lain seperti Sorento dan Carnival. Perubahan paling ketara terletak pada bahagian depan, dengan lampu DRL LED berbentuk L seperti Kia EV9, dengan lampu depan kini diletakkan dalam bentuk menegak.

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

Sportage facelift ini turut menampilkan bampar depan baharu dengan gril yang lebih besar serta liang ambilan udara yang lebih lebar, membuatkannya kelihatan gagah.

Kia turut mengubah profil sisi Sportage dengan fender depan yang lebih lebar dan rim baharu bersaiz antara 17 hingga 19 inci, bergantung kepada varian.

Bampar belakangnya juga diberikan sedikit perubahan, yang mana lampu LED belakangnya kini mempunyai grafik pencahayaan baharu.

Kabin Lebih Canggih Dengan Teknologi Terkini

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

Di bahagian dalam, Sportage facelift dilengkapkan dengan pelbagai teknologi dan kelengkapan baharu. Antara yang menarik ialah dwi-skrin melengkung yang berukuran 12.3 inci serta papar pandu (HUD) yang berwarna.

image is not availableimage is not available

Selain skrin baharu, kabin kali ini turut menampilkan stereng dua jejari dalam rekaan terbaru, pendingin udara yang lebih halus dengan panel kawalan fizikal, serta tombol gear jenis bulat yang direka semula untuk konsol tengah yang lebih kemas.

Peningkatan Prestasi & Aspek Mekanikal

Selain rekaan, Sportage facelift ini juga menerima peningkatan dari segi prestasi dan mekanikal yang meningkatkan pengalaman pemanduan. Untuk pasaran Korea, varian asas dipasangkan dengan enjin 2.0 liter LPG yang menjana 144 hp, manakala varian pertengahan diberikan enjin 1.6 liter turbo 4 silinder dengan kuasa 177 hp. Enjin ini kini dipadankan dengan transmisi automatik lapan kelajuan menggantikan transmisi DCT tujuh kelajuan pada versi terdahulu.

Bagi varian hibrid (HEV), ia masih menggunakan enjin 1.6 liter turbo dengan kuasa 177 hp, namun kuasa motor elektrik tunggalnya kini ditingkatkan 5 hp, menjadikan jumlah kali ini lebih tinggi iaitu 64 hp. Selain itu, model HEV juga diberikan sistem brek regeneratif yang lebih baik, di mana pemandu boleh menetapkan sendiri kekuatan janaan kuasa melalui pedal pada stereng.

Lebih Selesa dan Kurang Gangguan Bunyi

image is not available

Selain peningkatan kuasa, jurutera Kia juga telah menambah baik casis Sportage facelift dengan memasang penyerap hentakan dua hala pada gandar depan untuk meningkatkan keselesaan dan mengurangkan gangguan bunyi. Tahap NVH (bunyi, getaran, kekasaran) juga telah diperbaiki dengan penggunaan bahan penebat bunyi tambahan pada badan kenderaan.

Harga dan Jangkaan Pasaran Antarabangsa

image is not available

Di Korea, harga untuk Kia Sportage facelift 2025 bermula daripada KRW 28.36 juta (~RM89,227) hingga KRW 48.70 juta (~RM153,222), bergantung kepada varian. Penghantaran dijangka bermula awal tahun depan, dan dijangka akan memasuki pasaran antarabangsa dalam tahun 2025.

Pelancaran di Malaysia

image is not available

Bagi pasaran tempatan, pengimport rasmi Kia, Dinamikjaya Motors (Bermaz Auto), dijangka melancarkan model pra-facelift Kia Sportage yang akan dipasang secara tempatan (CKD) di kilang Inokom, Kulim pada tahun ini. Oleh itu, kemungkinan besar versi facelift baharu ini tidak tiba di Malaysia dalam masa yang terdekat.