Kia Tubuh Pusat Latihan Di Glenmarie – Pertama Di Asia Pasifik

LocalCars
13 Sep 2024 • 11:25 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Jenama automotif Korea, Kia, mengukuhkan kehadirannya di rantau ini dengan penubuhan Pusat Latihan Kia Asia Pasifik di Glenmarie, Shah Alam. Pengumuman tersebut dibuat melalui laman LinkedIn rasmi Kia Asia Pasifik (APAC).

Pusat Latihan Global yang Kelima

image is not availableimage is not available

Pusat latihan ini merupakan yang kelima di peringkat global, yang mana empat pusat latihan lain terletak di Jerman, Rusia, UAE dan Amerika Syarikat.

Sebagai satu-satunya hab latihan untuk seluruh rantau APAC, pusat ini akan mengendalikan aktiviti latihan bagi hampir 3,000 kakitangan Kia setiap tahun dari 34 buah negara dalam rantau ini, termasuk Malaysia.

Sarat dengan Teknologi Canggih

Didirikan di tapak berkeluasan 10,000 kaki persegi dengan pelaburan lebih daripada RM3 juta, pusat latihan ini dilengkapi bilik darjah dengan paparan berteknologi tinggi untuk pengajaran teori, bengkel yang lengkap untuk sesi praktikal, pusat sumber berkomputer dan peralatan diagnostik Kia.

image is not availableimage is not available

Pusat ini akan digunakan untuk melatih kakitangan berkenaan produk Kia yang akan dihantar ke rantau APAC, termasuk model seperti EV5 dan EV3.

Berdasarkan Standard Global

Kia menegaskan bahawa kemudahan dan kaedah latihan di pusat ini adalah setanding dengan standard global yang ditetapkan oleh Hyundai Motor Group. Lokasinya yang terletak berdekatan dengan pusat 3S Kia Glenmarie, memberikan peluang kepada peserta latihan untuk mendapatkan pengalaman sebenar.

Malaysia Dipilih Kerana Lokasi Strategik

image is not available

Mengulas mengenai pembukaan pusat latihan ini, CEO Kia APAC Kevin Ahn berkata, "Malaysia dipilih daripada 34 pasaran Kia di APAC kerana lokasinya yang strategik, membolehkan kami memenuhi keperluan industri yang sentiasa berkembang dan memastikan pasukan kami sentiasa berada di hadapan dalam kemajuan teknologi."

Tambah beliau lagi, "Bakat tempatan yang pelbagai serta kemahiran bahasa yang baik di Malaysia mengukuhkan lagi negara ini sebagai pilihan ideal untuk hab latihan kami."