Kieda Crepe beli jam tangan hampir RM11,000, hadiah buat suami yang baik

LocalEntertainment
12 Nov 2024 • 5:38 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Usahawan pencuci mulut, Kieda Crepe beli jam tangan bernilai hampir RM11,000 buat suaminya, Muhammad Hilmi Mohd Zaki sebelum pulang ke Pulau Pinang, baru-baru ini.

Menerusi video dimuat naik di TikTok, Kieda atau nama sebenarnya Siti Nur Khalieda Yusra dan suami dilihat berada di kedai jam tangan mewah di sebuah pusat beli-belah.

“Disebabkan suami sudah lama mahukan jam tangan, jadi hari ini kita beli jam yang dia teringin. Belikan dia jam paling berharga.
“InsyaAllah usaha takkan mengkhianati hasil,”ujarnya.

image is not available

image is not available

Kieda Crepe beli jam tangan hampir RM11,000

Dalam video yang sama, Kieda kemudiannya membayar jam tangan tersebut yang berharga RM10, 950.

Katanya lagi, tidak menjadi satu kesalahan sekiranya dia mengikut kemahuan suami memandangkan Muhammad Hilmi membelikan barangan kemas buat dirinya.

“Sebelum ini apa sahaja barang emas saya semua dia belanja dan saya nak apa pun dia ikut,”ujar usahawan berusia 27 tahun itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut gembira melihat pasangan tersebut malah memuji Kieda yang berkongsi rezeki bersama suami.

image is not available image is not available image is not available image is not available

Perlu ke tunjuk?

Bagaimanapun, ada juga yang kurang senang dengan perkongsian Kieda terutama apabila dia mendedahkan harga jam tangan tersebut.

Mereka menyifatkan perkongsian Kieda itu seolah-olah menunjukkan kemewahan di media sosial.image is not availableimage is not available

image is not available image is not availableimage is not available image is not available

Sumber: TikTok @kiedacrepepenang