Kieda Crepe Dedah Gambar Suspek Pecah Rumah Pakai Emas Miliknya

9 Jun 2024 • 2:50 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
kieda crepe

Sudahlah mencuri barang kemas orang, berani pula pakai dekat tempat awam dan ambil gambar. Itulah apa yang dilakukan salah seorang suspek yang telah memecah masuk rumah usahawan, Kieda Crepe.

Gambar-gambar suspek itu dikongsikan Kieda di Instagram Story di mana salah satu barang kemas yang dipakai suspek adalah hadiah daripada suaminya sempena ulang tahun kelahiran.

Rantai, gelang dan cincin Kieda Crepe dipakai suspek…

image is not available

Pasangan suami isteri turut didedah sebagai suspek dan sempat bulan madu ke Indonesia…

Bukan hanya suspek di atas, Kieda turut mendedahkan suspek yang merupakan pasangan suami isteri. Pasangan ini juga dipercayai menggunakan hasil rompakan untuk melangsungkan resepsi perkahwinan.

Lebih parah, mereka turut sempat berbulan madu ke Indonesia sebelum ditahan pihak polis untuk membantu siasatan.

Ni si adik dia. Baru umur 22 tahun, baru kahwin pastu mai pecah masuk rumah Kieda dan pergi honeymoon ke Indonesia.

image is not available

Diharapkan semua pelaku menerima hukuman setimpal. Tak pergi mana pun hidup ni dengan hasil mencuri harta orang.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.