Layanan dan kebajikan pempengaruh dan usahawan terkenal Khairul Aming terhadap pekerjanya dikagumi ramai. Bukan sahaja diberikan bonus raya, malahan pekerja-pekerjanya juga diberikan peluang untuk membelikan barang keperluan. Tidak terhenti di situ sahaja, dikhabarkan juga Khairul Aming akan membawa kesemua pekerjanya untuk pergi bercuti.
Melihat teladan baik yang ditunjukkan, usahawan wanita ini turut berasa terinspirasi dengan tindakan pempengaruh berkenaan.
Kieda menerusi satu hantaran, turut berkongsikan rezeki bersama pekerja-pekerjanya.
“Tiru kebaikan demi kebahagiaan. Dan demi senyuman, ku korbankan segalanya. Selesai semua bahagian staff, Allah izinkan,” tulisnya.
Ramadan ke 23, dia membuat keputusan dengan menutup kedai dan bazar bagi memberikan kejutan kepada pekerja-pekerjanya. Walaupun dikatakan hasil jualan jatuh, tetapi tidak menghalang Kieda untuk terus memberikan khidmat terbaik buat para pekerjanya.
“Saya keluarkan simpanan saya sendiri untuk bagi bonus pada staff sebab saya nak pekerja saya beraya dalam keadaan happy.
“Kenapa saya tak gunakan duit company? Sebab company tak capai target. Bulan ni bulan yang amat struggle buat saya dan peniaga yang lain.
“Lepas kita bagi bonus, kita bawakan staff ke pasar raya untuk membeli barang keperluan,” katanya.
Sementara itu, netizen memuji sikap Kieda yang dilihat berusaha untuk menggembirakan hati pekerja-pekerjanya. – The Reporter
The post Kieda Crepe sanggup keluarkan simpanan sendiri untuk beri bonus raya kepada pekerja appeared first on The Reporter.




