Kieda Crepe umum hamil anak ketiga – “Allah hadirkan zuriat saat aku reda semuanya”

LocalFamily & Parenting
25 Nov 2025 • 10:02 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Usahawan dan personaliti media sosial, Siti Nur Khalieda Yusra atau lebih dikenali sebagai Kieda Crepe mengumumkan berita gembira iaitu sedang hamil anak ketiga.

Hamil anak ketiga

image is not available

Menerusi perkongsian di TikTok, Kieda teruja dengan kehadiran zuriat barunya itu dan bersyukur diberikan amanah setelah reda sepenuhnya dengan pemergian bapa tercinta.

@kiedacrepetour

Dengan nama Allah Aku berlindung daripada Mata-Mata Jahat .. Saat video ni kida post , kieda dah nak masuk third trimester dan dalam perjalanan ke Jeddah untuk menunaikan Umrah bersama suami dan orang tua kami image is not available #kiedacrepe #kiedacrepetourimage is not available

♬ original sound - KIEDACREPETOUR - KIEDACREPETOUR

“Arwah abah genap dua tahun tinggalkan Kieda, dan Allah hadirkan zuriat saat aku reda semuanya,” kata Kieda, semalam.

Sementara itu, dia juga berdoa agar diberi kesihatan yang baik dan memohon agar sentiasa dilindungi daripada perkara-perkara negatif yang boleh membahayakan kandungan.

image is not available

“Dengan nama Allah aku berlindung daripada mata-mata jahat.
“Saat video ini dimuat naik, Kieda dah nak masuk trimester ketiga dan dalam perjalanan ke Jeddah untuk menunaikan umrah bersama suami serta orang tua kami,” terangnya.

Dalam perkongsian berasingan, Kieda turut berharap dirinya diberi kekuatan untuk menjalani ibadah umrah biarpun sudah berbadan dua.

image is not available

“Moga Allah beri kekuatan beribadah kali ini. Siapa nak kirim doa boleh komen. Kieda selesai yang wajib, Kieda bacakan doa untuk kalian, Insya-Allah,” tambahnya lagi.

Artikel lain: Kieda Crepe luah syukur, jadi penyumbang zakat terbesar Pulau Pinang

Sekitar Ogos tahun lalu, Kieda memaklumkan bahawa dia telah mengalami keguguran selepas usia kandungannya mencecah 10 minggu enam hari.

Untuk rekod, Kieda mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Mohd Hilmy Mohd Zaki pada 12 Mac 2016 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad Aqeef Fayyadh dan Muhammad Hadif Fairel.

Sumber: TikTok kiedacrepetour

View Original Article