Kieslect Kr2 dan Ks2, jam tangan pintar berfesyen pada harga RM499

Digital
19 Jan 2024 • 11:25 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Kieslect adalah salah satu jenama pengeluar jam tangan pintar dan penjejak aktiviti. Mereka telah lancarkan dua model baharu untuk pasaran Malaysia iaitu Kiselect Kr2 dan Kieslect Ks2. Daripada helaian spesifikasi, merkea mempunyai spesifikasi lebih kurang sama dengan beza terbesar adalah bentuk muka jam. Kr2 menampilkan muka jam berbentuk bulat manakala Ks2 berbendu petak.

Bermula dengan Ks2, ini adalah jam tangan dengan paparan petak seluas 2.01". Panel paparan yang diguna adalah AMOLED dan katanya mempunyai kadar segar smeula 60Hz. Diperkasa sistem operasi Kieslect KS OS, jam tangan ini ada fungsi-fungsi ruji yang sepatutnya ada pada jam tangan pintar.

image is not available

Ia boleh salur notifikasi daripada telefon, muka jam boleh diubah, jawab panggilan telefon dan menyokong Alexa untuk anda kawal peralatan rumah menggunakan suara. Sensor apakah yang dimasukkan dalam jam tangan ini tidak pula dikongsikan.

image is not available

Tapi dikhabarkan yang ia boleh merekodkan lebih 100 jenis sukan dan daripada gambar, ia sekurang-kurangnya ada pengimbas nadi. Pada segi kelasakan, jam tangan ini kalis air pada paras 3 ATM.

image is not available

Kieslect Ks2 mempunyai tangki bateri sebesar 300mAh dan dalam mode biasa, ia dilapor boleh berkhidmat selama sehingga 9 hari lamanya.

Kiselect Kr2 pula adalah jam tangan dengan muka berbentuk bulat sebesar 1.43". Ia turut gunakan panel AMOLED dan menyokong ciri always-on display. Terdapat 3 butang fizikal di sisi kanan jam tangan untuk mudahkan navigasi antara muka.

image is not available

Untuk kemudahan, Kr2 dilengkapi mikrofon dan speaker untuk pemakai menjawab panggilaan telefon secara sambungan Bluetooth. Speaker yang sama juga diguna untuk memainkan muzik daripada telefon.

image is not available

Ciri penjejak aktiviti asas hadir. Pemakai boleh mengukur kadar denyuntan nadi dan ketepuan oksigen didalam darah dan seterusnya menentukan tahap tekanan yang sedang dihadapi.

image is not available

Kieslect Kr2 dan Kieslect Ks2 sudahpun boleh didapati di Malaysia pada harga RM499 melalui Shopee. Pada harga sebegitu dan tiada sokongan GPS, saya rasakan ia bakal hadapi kesukaran untuk bersaing dengan jenama-jenama yang mampu tawarkan lebih pada harga yang rendah. Diharapkan, iterasi yang akan datang bolehlah sekurang-kurangnya ada GPS untuk mudahkan pemakai menjejak aktiviti joging mereka.

Anda boleh layari laman rasmi produk Kieslect Kr2 dan Kieslect Ks2 untuk maklumat lanjut.