Kikis stigma terhadap e-sukan: Frankie

27 Nov 2023 • 4:12 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

SANDAKAN: Stigma terhadap sukan elektronik atau e-sukan yang dianggap melalaikan dan merosakkan minda perlu dikikis.

Adun Tanjung Papat, Datuk Frankie Poon, berkata sukan elektronik kini semakin berkembang maju dan mempunyai nilai komersil.

Justeru, beliau berharap ibu bapa agar membuka mata terhadap minat anak-anak muda terhadap sukan elektronik ini.

“Sukan elektronik tidak hanya sekadar permainan digital, tetapi telah membentuk budaya permainan yang memberi impak positif kepada persekitaran sosial anak-anak muda.

“Kemahiran berkomunikasi, pertukaran idea, dan peningkatan kemahiran insaniah adalah antara manfaat positif yang diperoleh melalui sukan elektronik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan program Kejohanan ‘Mobile Legend: Bang Bang’ dan Pertandingan Cosplay serta Coswalk 2023 di sini, pada Ahad.

Program itu merupakan kolaborasi antara Persatuan Kebajikan Kesihatan Mental Sandakan dan Sandakan Esport Komuniti, dengan tujuan memberikan peluang kepada penduduk sekitar Sandakan untuk menonjolkan bakat-bakat dalam bidang sukan elektronik khususnya permainan Mobile Legend.

Program itu telah mencapai kejayaan besar dengan mendapat sambutan yang amat luar biasa.

Selain peserta dari daerah ini, penganjur turut menerima penyertaan dari Telupid, Lahad Datu, dan Tawau.

Frankie juga berkata, bidang sukan elektronik kini menjadi tren utama dalam kalangan anak-anak muda.

“Minat yang tinggi dikongsi bersama dengan ganjaran mewah berprofail tinggi menjadi punca utama bidang ini menarik perhatian mereka.

“Sukan elektronik ini pada dasarnya telah wujud beberapa tahun lalu, semakin mendapat sambutan positif dengan galakan insentif dari Kementerian Belia dan Sukan,” tambahnya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

View Original Article