Kilafairy seronok hidup bujang, suka duduk seorang diri ditemani kucing

LocalEntertainment
5 Oct 2024 • 7:45 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon jelita Kilafairy seronok hidup bujang dan akui tidak terlalu memikirkan soal jodoh apabila disoal mengenai perancangannya mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.

Kilafairy atau nama sebenar Syakila Nisa Jahangir Khan, 32, berkata dia menyerahkan soal jodoh kepada Ilahi.

Tambah anak kepada penyanyi terkenal Allayarham Rohana Jalil, dia juga enggan memberi tekanan kepada diri sendiri mengenai perihal jodoh.

“Saya tidak fikir pun tentang kahwin, kalau ada jodoh itu ada lah. Kalau jumpa dengan orang yang serasi, insya-Allah,”katanya.

image is not available

Kilafairy seronok hidup bujang

Dalam pada itu, Kilafairy memberitahu dia tidak berasa sunyi meskipun hidup sendirian kerana ada rakan-rakan yang sentiasa menemani.

Malah, dia juga suka duduk bersendirian sambil ditemani oleh kucing kesayangan di rumah.

“Sejujurnya sekarang tidak rasa sunyi pun ditambah pula saya memang seorang yang introvert dan suka duduk seorang diri ditemani kucing.

“Tidak rushing (terburu-buru nak kahwin) pun. Kawan-kawan pun ramai, sentiasa ada bersama saya seperti Izara Aishah dan yang lain,”katanya lagi.

image is not available

Disoal mengenai zuriat, Kilafairy akui dirinya memang mengimpikan anak sendiri.

“Kalau nak cakap pasal zuriat memang impikan mahu ada anak sendiri.
“Kadang-kadang tengok kawan sudah ada anak dan mereka sibuk dengan kehidupan tersebut, saya terfikir mungkin ada baiknya perkara itu belum berlaku kepada saya,” ujarnya.

image is not available

Sumber: TikTok mingguanwanita

View Original Article