Kilafairy Tenang Dan Reda Dengan Pemergian Rohana Jalil, Sempat Mandikan Jenazah Ibu

21 Jun 2023 • 2:39 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Kilafairy - Gambar Helmi Anuar

Anak kepada Allahyarham Rohana Jalil yang meninggal dunia pada tengah malam semalam reda dan tenang menerima pemergian ibundanya yang tercinta.

Kilafairy atau nama sebenarnya, Syakila Nisa Jahangir Khan sewaktu ditemui di Tanah Perkuburan USJ 22 berkata, dia menerima ketentuan takdir ini dengan reda kerana ibu bapanya telah mengajarnya bahawa setiap yang hidup pasti akan mati. 

image is not available
Kilafairy (tengah) reda dengan pemergian ibunya. - Gambar Helmi Anuar

"Sudah tentu saya sedih. Tetapi bersyukur kerana saya berada dengannya sehingga hembusan nafasnya yang terakhir. Saya juga mandikan arwah. 

"Alhamdulillah semua urusan dipermudahkan. Berada dengannya sehingga saat terakhir juga membuatkan saya rasa lebih tenang. Saya telah lakukan tanggungjawab sebagai seorang anak. Saya harap arwah gembira, saya tahu dia gembira, tersenyum dia. Alhamdulillah," katanya. 

Jenazah Allahyarham Rohana atau nama sebenar sebenarnya Dara Abdul Jalil, 68, selamat dikebumikan pada jam 11.45 pagi. 

image is not available
Pengebumian turut dihadiri oleh saudara mara serta rakan selebriti. - Gambar Helmi Anuar

Upacara pengebumian turut dihadiri oleh saudara mara serta rakan selebriti seperti Joe Flizzow, Jaafar Onn, Ramlah Ram, Noraniza Idris, Haiza, Izara Aishah, Datuk Khadijah Ibrahim, Fasha Sandha, Datuk DJ Dave, Datuk Hattan dan ramai lagi. - Getaran, 21 Jun 2023