Kilang Continental Di Alor Setar Ditutup Hujung Tahun 2025

LocalBusiness & Finance
28 Apr 2025 • 5:15 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Continental akan menghentikan operasi pembuatan tayar di kilangnya di Alor Setar, Malaysia, menjelang hujung tahun 2025.

Fasiliti pengeluaran ini engeluarkan tayar untuk kereta penumpang, trak ringan bagi pasaran Asia-Pasifik, serta tayar motosikal.

Continental berkata, keputusan untuk menutup kilang tayar Continental di Alor Setar adalah hasil daripada semakan perniagaan secara terperinci yang bertujuan untuk melindungi daya saing, serta prestasi perniagaan syarikat di rantau Asia-Pasifik (APAC).

image is not available

"Usaha ini juga dilaksanakan untukmenyesuaikan diri dengan perubahan permintaan pelanggan. Syarikat juga berhasrat untukmengoptimumkan portfolio produk tempatan dan memantau pengeluarannya. alaysia akan kekal sebagai pasaran utama bagi Continental di rantau Asia-Pasifik," katanya dalam satu kenyataan.

Tambah kenyataan itu, rantau Asia Pasifik merupakan kawasan pertumbuhan strategik bagi Continental. Dengan rangkaian pembuatan tayar yang kukuh, syarikat akan memberikan perkhidmatan yang samankepada pelanggan penggantian serta pelanggan peralatan asal.

image is not availableimage is not availableimage is not available

Kilang pembuatan tayar syarikat di rantau ini terletak di Hefei (China), Rayong (Thailand), Modipuram (India), Kalutara (Sri Lanka), dan Petaling Jaya (Malaysia).

Untuk makluman, kilang tayar di Alor Setar memulakan operasinya pada 20 Disember 1979 dan sejak Mei 2012, kilang ini menjadi anak syarikat milik penuh Continental.

Fasiliti pembuatan ini meliputi kawasan seluas kira-kira 133,000 m²eter persegi. Difahamkan, seramai 950 orang bekerja di fasiliti Alor Setar.

image is not available

Keutamaan syarikat adalah untuk menyokong para pekerjanya dengan menyediakan bantuan seperti kaunseling kerjaya serta meneroka peluang pekerjaan yang berpotensi sama ada dalam Continental mahupun di luar syarikatnya.