Kilang curi elektrik di Penampang dikenakan tindakan

29 Jun 2023 • 2:37 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

PENAMPANG: Tindakan pemilik sebuah kilang melakukan sambungan elektrik secara haram dipercayai untuk beroperasi membawa padah apabila kegiatan itu dihidu pasukan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) di Jalan Nossob, baru-baru ini.

Menerusi hantaran yang dikeluarkan dari Facebook SESB Careline, kilang itu didapati mencuri arus elektrik walaupun permohonan secara sah telah dibuat untuk penyambungan meter elektrik.

“Bagaimanapun, sambungan wayar secara haram itu telahpun dipotong oleh pasukan teknikal SESB.

“Tindakan saman mahkamah sedang diambil ke atas pemilik kilang tersebut,” kata syarikat utiliti itu di Facebook Selasa lepas.

SPONSORED CONTENT Shell’s Access to Energy helps power lives of isolated communities in Sabah Kota Kinabalu: In 2017, Sabah Shell Petroleum Co Ltd (SSPC) launched Access to Energy (A2E), a Shell Social Investment programme aimed at providing affordable and continuous supply of electricity from renewable sources for communities who live without connection to the electricity grid. Read more Hantaran itu dalam masa sama turut menasihatkan orang ramai agar tidak melakukan penyambungan haram.

“SESB menasihati orang awam supaya tidak melakukan perbuatan mencuri arus elektrik ini,” kata syarikat itu.

Turut dikongsikan ialah beberapa gambar melibatkan sebuah kilang dan kerja pemotongan wayar sambungan secara haram oleh pasukan teknikal SESB.

Kegiatan mencuri arus elektrik bukan saja dikesan dalam kalangan orang awam melibatkan kegunaan harian di rumah tetapi juga premis komersial termasuk kilang.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

View Original Article