Kilang karpet di Nilai 3 terbakar, asap tebal cetus kebimbangan penduduk

21 Feb 2025 • 10:22 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Kebakaran besar melibatkan sebuah kilang karpet di Nilai 3 pagi tadi mengejutkan penduduk apabila asap tebal menjulang tinggi dan boleh dilihat dari jarak jauh, termasuk di sekitar kawasan Nilai dan persekitarannya.

Kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 7 pagi dan dilaporkan kepada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Negeri Sembilan pada jam 7.49 pagi. Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nilai, BBP Mantin, dan BBP Seremban 2 dikerahkan ke lokasi untuk mengawal kebakaran yang sedang marak.

Menurut maklumat daripada Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM, kilang karpet tersebut mengalami kemusnahan sepenuhnya akibat kebakaran tersebut. Walaupun api marak dengan cepat, tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden ini.

Rakaman video dan gambar kebakaran yang menunjukkan asap hitam tebal menjulang tinggi telah tular di media sosial, mencetuskan kebimbangan dalam kalangan penduduk setempat.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Difahamkan, lokasi yang sama pernah terbakar pada tahun 2015, yang mengakibatkan kemusnahan besar dan memerlukan masa dua hari untuk api dipadamkan sepenuhnya.

Operasi pemadaman masih diteruskan sehingga kini untuk memastikan api dapat dikawal sepenuhnya. Punca kebakaran masih dalam siasatan pihak berkuasa.