Kilang kereta Iran terletak di Syria diserang peluru berpandu Israel

6 Oct 2024 • 11:13 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

DAMSYIK, 6 OKT :Tiga peluru berpandu Israel mengenai sebuah kilang kereta Iran di wilayah tengah Homs, Syria pada Ahad, lapor Badan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria, menurut Xinhua.

Serangan udara yang menyasarkan kilang di Zon Perindustrian Hasya di kawasan luar bandar selatan Homs menyebabkan kerosakan dan kepulan asap, menurut kumpulan pemantau yang berpangkalan di Britain itu.

Faktor menyebabkan serangan itu masih tidak diketahui, kerana kilang berkenaan kosong, katanya. Walaupun tiada pengesahan rasmi, televisyen negara Syria melaporkan bahawa satu letupan didengar dari salah satu kilang di Hasya dan siasatan sedang dijalankan bagi menentukan puncanya.

Israel kerap melakukan serangan udara di Syria, menyasarkan apa yang dikatakannya sebagai kedudukan yang dikaitkan dengan Iran dan Hizbullah Lubnan.

Serangan terbaharu ini berlaku di tengah-tengah ketegangan yang meningkat di rantau itu, ketika Israel meningkatkan serangan udaranya di Syria sepanjang minggu lepas sebagai sebahagian daripada konfrontasi serantau dengan Iran dan Hizbullah.

— BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved