Kilang lembur logam haram diserbu

18 Sep 2022 • 7:22 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
JAS cawangan Gebeng berjaya menyerbu sebuah kilang pelaburan logam yang beroperasi secara haram.

KUANTAN - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pahang menyerbu sebuah kilang peleburan logam yang beroperasi secara haram di Kawasan Perindustrian Gebeng, di sini pada Jumaat.

Memetik satu kenyataan dalam Facebook JAS, pengoperasian kilang haram itu dikesan hasil daripada aduan orang awam.

“Hasil serbuan mendapati kilang terbabit sedang beroperasi dan pihak JAS telah mengeluarkan arahan menghentikan operasi secara serta merta dan penahanan operasi kelengkapan.

“Kes masih dalam siasatan lanjut di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974,” katanya dalam satu hantaran pada Ahad.

Operasi itu dilakukan secara oleh Pasukan Operasi Penguatkuasaan Jas Cawangan Gebeng dibantu oleh Penguatkuasa JAS Negeri Pahang dan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).