Kilang makanan sejuk beku terbakar

LocalBusiness & Finance
30 Jan 2025 • 10:49 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Kilang makanan sejuk beku hampir musnah dalam kebakaran di Jalan PKNK 3/7 Kawasan Perusahaan LPK 3 di Sungai Petani pada petang Rabu. Foto: Ihsan JBPM Kedah

SUNGAI PETANI - Sebuah kilang makanan sejuk beku hampir musnah dalam kebakaran di Jalan PKNK 3/7 Kawasan Perusahaan LPK 3 di sini pada petang Rabu.

Komander Operasi Kanan Zon 2 Sungai Petani,Penguasa Kanan Bomba II Johari Bar Azwar berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) menerima panggilan kecemasan membabitkan kebakaran chiller dalam kilang terbabit menerusi talian MERS 999 pada jam 1.25 petang.

Beliau memaklumkan, PGO Kedah telah menggerakkan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Aman Jaya serta BBP Sungai Petani dan BBP Yan ke lokasi kejadian.

"Setiba di lokasi, bomba mendapati terdapat asap dalam bangunan kilang.

"Susulan itu, bomba menjalankan pemadaman menggunakan satu aliran dengan dua pancutan air selain proses pengudaraan menggunakan Positive Pressure Ventilation Fan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau memaklumkan, komander operasi kanan turut menghubungi semula PGO bagi meminta tambahan bantuan tambahan berikutan api mula marak.

"PGO meminta bantuan tambahan jentera water tanker dari BBP Sungai Petani dan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) berhampiran ke lokasi kejadian," katanya.

Menurutnya, api berjaya dikawal jam 10.07 malam dengan anggaran 40 peratus struktur kilang terjejas.

"Operasi di peringkat overhaul jam 12.41 tengah malam sebelum ditamatkan sepenuhnya jam 6.18 pagi pada Khamis," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved