Kilang Perabot, Produk Kimia Di Kajang Terbakar

25 Mar 2024 • 12:20 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
gambar media sosial

Tular video yang memaparkan dua kilang iaitu kilang perabot dan produk kimia di Taman Kajang Utama terbakar, baru-baru ini.

Susulan itu, seramai 23 anggota dan pegawai serta jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang, BBP Serdang, BBP Bandar Tun Hussein Onn dan BBP Bangi bertugas bagi mengawal serta memadamkan kebakaran.

Menurut bomba, blok pertama membabitkan lima lot premis terbakar 20 peratus di bahagian belakang akibat bahang api.

Manakala, kebakaran di blok kedua membabitkan tiga lot premis kilang, masing-masing berkeluasan 1,440 kaki persegi dengan kerosakan kira-kira 90 peratus.

Api dapat dipadamkan pada kira-kira jam 4.05 petang dan punca kebakaran serta jumlah kerugian masih disiasat. - Getaran, 25 Mac 2024

@getaranmy Kebakaran berlaku petang semalam, api marak & katanya ada minyak dan tong gas. Semoga tiada apa yang serius berlaku. #GetaranMY #Semasa #terkini ♬ original sound - Getaran

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved