Kilang Plastik Di Puncak Alam Terbakar Tengah Hari Tadi

Local
13 Dec 2025 • 2:44 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Kilang Plastik Di Puncak Alam Terbakar Tengah Hari Tadi

Sebuah kilang plastik terbakar dalam satu kejadian kebakaran di Taman Industri Alam Jaya, Puncak Alam tengah hari tadi.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran tersebut pada jam 11.53 pagi.

Tambahnya, operasi pemadaman api melibatkan beberapa jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bestari Jaya, Kapar, Kota Anggerik, Rawang, Batu Arang dan Petaling Jaya.

“Berdasarkan laporan awal, kebakaran membabitkan sebuah kilang plastik. Kerja-kerja pemadaman sedang dijalankan,” maklum beliau dalam satu kenyataan.

Setakat ini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran belum dikenal pasti.

Dalam klip tular di media sosial memaparkan asap tebal yang menjulang tinggi turut dapat dilihat penduduk dan pengguna lebuh raya di kawasan sekitar.

The post Kilang Plastik Di Puncak Alam Terbakar Tengah Hari Tadi appeared first on Siakap Keli.

View Original Article