Kilang VW di Jerman kurangkan pengeluaran e-kereta

Cars
10 Nov 2023 • 5:19 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

HANOVER: Pengeluar kereta Jerman Volkswagen mengurangkan pengeluaran dua model kereta elektrik di kilangnya di Emdennya di Lower Saxony, menurut jurucakap kilang itu kepada Agensi Berita Jerman (dpa).

Pengeluaran tidak beroperasi pada Khamis dan dijangkakan berterusan pada Jumaat dan Isnin kerana kekurangan bekalan motor elektrik untuk model ID.4 dan ID.7 disebabkan gangguan rantaian bekalan.

Bagaimanapun, pengeluaran model Passat dan Arteon tidak terjejas.

Sebuah lagi kilang VW di Zwickau, di Saxony yang hanya mengeluar kereta elektrik juga akan menggantung pengeluaran kereta elektriknya atas sebab yang sama. -Bernama