Kilauan Emas Puteri Disney Sempena Tahun Baharu Cina

Business & Finance
21 Jan 2023 • 12:13 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Koleksi ini didatangi dengan dua rekaan yang unik serta menampilkan karakter-karakter ikonik daripada filem 'Mulan' - Gambar ihsan Habib Jewels

Pelaburan emas dilihat semakin mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia. Walaupun harga komoditi ini ada turun naiknya, tetapi ramai yang yakin pelaburan untuk jangka masa panjang akan mendatangkan keuntungan.

Kenyataannya, emas adalah pelindung nilai yang baik untuk menentang inflasi dan jika anda sedang berjinak-jinak dalam dunia pelaburan, cubalah melabur dengan emas. 

Tahun ini, harga emas dijangka akan terus melonjak naik kerana dikatakan matawang dolar Amerika Syarikat akan menurun. Inilah masanya untuk anda meraih keuntungan daripada emas.

Tidak perlu tetapkan sasaran yang terlalu tinggi seperti membeli jongkong emas yang menelan belanja ribuan ringgit. Tetapi pilihlah yang kurang membebankan seperti syiling emas.

image is not available
Emas adalah pelindung nilai yang baik untuk menentang inflasi dan jika anda sedang berjinak-jinak dalam dunia pelaburan, cubalah melabur dengan emas

Ya, anda boleh juga membeli barangan kemas untuk dipakai, tetapi anda perlu ingat barangan kemas mempunyai susut nilai atau nilainya tidak kekal. Lebih-lebih lagi jika barangan kemas itu sudah ada cacat-celanya.

Selain itu, emas yang dijadikan barangan kemas selalunya telah dicampur dengan bahan-bahan lain. Jadi mana pilihan yang lebih bijak untuk pelaburan?

Sempena Tahun Baharu Cina kali ini, jenama barangan kemas terkenal, Habib Jewels melancarkan Syiling Wafer Emas 999.9 versi Mulan, iaitu koleksi kedua dari Koleksi Disney x Habib Ultimate Disney Princess.

image is not available
Koleksi edisi terhad ini boleh dibeli secara berasingan ataupun set yang didatangi dengan bungkusan istimewa yang sesuai dijadikan hadiah ataupun angpao sempena menyambut Tahun Baharu Cina

Koleksi ini didatangi dengan dua rekaan yang unik serta menampilkan karakter-karakter ikonik daripada filem kesukaan ramai itu.

Tambah menarik, koleksi edisi terhad ini boleh dibeli secara berasingan ataupun set yang didatangi dengan bungkusan istimewa yang sesuai dijadikan hadiah ataupun angpao sempena menyambut Tahun Baharu Cina.  

Rekaan koleksi ini diinspirasikan dari filem klasik Disney yang mengisahkan tentang Mulan, seorang gadis berani yang menggantikan tempat ayahnya dalam menjalani latihan ketenteraan. Kepintaran serta dorongan dari rakan-rakan seperjuangan serta peneman beliau iaitu Mushu si naga menjadi pendoman buat Mulan. 

image is not available
Bungkusan koleksi ini turut disertai dengan petikan dialog popular dari filem 'Mulan'

Semangat perjuangan serta kepimpinan, keyakinan dan kecekalan Mulan dipertaruhkan dalam rekaan koleksi ini yang turut menekankan ciri-ciri personaliti beliau yang bersemangat dan berani.

Bungkusan koleksi ini turut disertai dengan petikan dialog popular dari filem tersebut.

Setiap Syiling Wafer Emas 999.9 ini dijual secara berasingan pada harga RM118. Lengkapkan set koleksi Syiling Wafer Emas 999.9 anda dengan lebih banyak rekaan yang akan dilancar dari masa ke semasa berikutan usahasama antara Disney dan Habib untuk koleksi Ultimate Princess Collection.- Getaran, 21 Januari 2023

View Original Article