Kilinik Swasta Terkemuka Tak Bayar Gaji, Guna Peguam Tutup Mulut Pekerja

9 Apr 2024 • 9:43 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Klinik swasta yang mempunyai banyak cawangan ini dikatakan sudah lama disenarai hitam dalam kalangan doktor kerana gagal membayar gaji pekerja - gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Sebuah rangkaian klinik swasta terkemuka didakwa culas membayar gaji pekerja, termasuk doktor bertugas.

Lebih memeritkan, pengurusan klinik berkenaan juga didakwa gagal menjelaskan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) selama hampir dua tahun.

Mendedahkan perkara itu di X, pengendali akaun Amran Fans berkata, pihaknya mendapat maklumat tersebut daripada petugas klinik berkenaan sendiri.

Pantas menerima reaksi, ciapan Amran Fans dibalas petugas klinik dikenali sebagai Afrina.

image is not available
Kes melibatkan klinik ini turut dimuat naik di TikTok

Menggunakan handle @afftn dia mengesahkan bahawa masalah itu sememangnya berlaku.

“Gaji basic until now pun belum bayar lagi. Dh (dah) 8hb yaa gaji basic blum (belum) masuk. Belum ckp (cakap) pasal KWSP. Hampir dua tahun tk (tak) masuk2 even ada penolakan dalam payslip!! Sedih!!,” katanya, kesal.

Meluahkan pendapat senada, pemilik akaun @HangPadia pula berkata, klinik terbabit sememangnya bermasalah.

“Betul bang. Klinik **** memang problem, dari dulu lagi. Gaji staff lambat bayar kdg2 (kadang-kadang) lepas 7hb. Dulu doktor2 kena, kali ni staf pulak kena. Cthnya (contohnya) Caruman KWSP dah tolak, tapi check akaun KWSP takde (tiada) caruman. Ramai doktor dah quit sebab tak tahan,” katanya.

image is not available
Aduan diterima Amran Fans berkenaan klinik berkenaan - gambar X

Seorang lagi netizen pula memberitahu, pemilik klinik terbabit ialah seorang berpengaruh dan memiliki barisan peguam handal untuk ‘mendiamkan’ petugas yang ditindas.

Yup ini mmg (memang) betul mmg known case. Majikan ada cable besar and ada team lawyer utk (untuk) diamkan staff2 yg (yang) ditindas. I heard a lot of this story from their ex staff. Kesian (kasihan) sgt (sangat),” katanya yang menggunakan akaun @moonliteblues.

Sementara itu, seorang lagi netizen mengesahkan bahawa klinik terlibat sudah disenarai hitam dalam kalangan doktor. 

“Dulu selalu locum/part-time memang doktor2 semua suruh elak klinik ni (semua cawangan), sebab diorang selalu tak dibayar on time, kadang2 short pahtu (lepas itu) kena tunggu lagi. Antara klinik yang diblacklist buat locum. Hopefully ada yang tolong staff2 ni, sian (kasihan) diorang (mereka),” kata @daniaaanazri yang dipercayai juga seorang doktor.

image is not available

Bukan sekadar tidak dibayar gaji, pengurusan klinik juga dikatakan gagal membuat caruman kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi pihak pekerja.

Ia diakui sendiri bekas pekerja klinik itu, dikenali sebagai @mierawrr_.

“Saya accident tahun lepas pun, bila check SOCSO rupanya drg (mereka) tak apply pun. Bila dkt (dekat) payslip dorg (diorang) tolak EPF/SOCSO, bila check takde langsung. Saya operation pun dorang just bayar RM500?? Rasanya cukup ke untuk saya yang kene (kena) operation tangan masuk besi ni,” katanya.

Mengakui lega apabila akhirnya ada yang berani bersuara, @mierawrr_ berkata, nombornya disekat pengurusan klinik apabila cuba menuntut tunggakan gaji miliknya.

Finally ada yang bersuara. Saya ex staff klinik **** pun OT/ELAUN dari tahun lepas tak bayar bayar sangat geram ya! Bila call tak jawab, bila text tak reply tahu tahu kene block,” katanya. - Getaran, 9 April 2024