Kim Kardashian Terakam Kelibat Wanita Misteri Di Dalam Biliknya

Entertainment
11 Jul 2023 • 12:30 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Kim Kardashian - Gambar Instagram

Selebriti terkenal Hollywood, Kim Kardashian telah terakam satu kelibat misteri di dalam biliknya ketika sedang berswafoto.

Menerusi hantaran yang dimuatnaik Kim, dia memberitahu telah mengambil gambar berkenaan pada minggu lalu ketika sedang berseorangan di dalam bilik.

“Saya ambil gambar ini minggu lalu ketika saya berseorangan di dalam bilik. Dan sekarang apabila saya melihat kembali gambar-gambar di dalam telefon pintar saya, saya terkejut melihat ada kelibat wanita di sebalik tingkap,” tulisnya di bahagian kapsyen.

Gambar itu pantas mendapat perhatian netizen di seluruh dunia dan ramai juga berkongsi  teori mereka tentang gambar itu.

Ada yang mendakwa gambar itu telah disunting kerana Kim inginkan perhatian dan merupakan satu daripada strategi pemasaran. Ada juga yang mendakwa bahawa wanita di sebalik tingkap itu adalah pembantu peribadinya.

image is not available

Netizen juga mengaitkan kelibat wanita misteri itu dengan primadona Hollywood, Marilyn Monroe yang dikatakan cuba menghantui Kim selepas dia merosakkan gaun mendiang ketika menghadiri acara MET Gala tahun lalu. – Getaran, 11 Julai 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved