Kim Namgil Mula Penggambaran Untuk ‘The Fiery Priest 2’

Entertainment
23 Jul 2024 • 1:19 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Terujanya bila “The Fiery Priest” disahkan bakal kembali dengan musim kedua!

Terbaru, beberapa foto telah tular di media sosial di mana teraju utama musim lalu iaitu Kim Nam-gil dilihat sedang menjalan penggambaran untuk musim terbarunya.

Dengan pakaian paderi yang sinonim dengan watak utama itu, penonton meluahkan rasa teruja dek sudah sekian lama menantikan kesinambungan kisahnya.

“The Fiery Priest” mengisahkan tentang kisah antara seorang paderi katolik yang panas baran dan wakil penyiasat daripada balai polis Gudam. Di mana, kedua-dua mereka terpaksa untuk bekerjasama bagi menyelesaikan satu kes pembunuhan.

Tak sabarnya!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.