Kim Soo Hyun Dan Kim Ji Won Bakal Muncul Dalam KDrama Baharu, Jadi Pasangan Suami Isteri  

Movie
6 Dec 2022 • 11:00 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Kim Soo Hyun dan Kim Ji Won akan digandingkan bersama dalam drama baharu dengan judul tidak rasmi, ‘Queen of Tears’. - Gambar IG Kim Soo Hyun dan Kim Ji Won

Peminat kdrama pasti teruja apabila mendapat tahu aktor Kim Soo Hyun dan Kim Ji Won akan digandingkan bersama dalam drama baharu dengan judul tidak rasmi, ‘Queen of Tears’. 

Semalam, pihak produksi Studio Dragon telah mengesahkan mengenai projek drama baharu, Queen of Tears itu yang menggunakan khidmat penulis skrip, Park Ji Eun yang sebelum ini pernah menghasilkan drama hit seperti ‘My Love From the Star’ dan ‘Producer’. 

image is not available
Kim Soo Hyun - Gambar IG Kim Soo Hyun

Apa yang menarik, drama ‘Queen of Tears’ ini akan diarahkan Jang Young Moo yang pernah bekerjasama dengan Park Ji Eun menerusi drama terdahulu mereka’ Crash Landing on You’. 

Aktor Kim Soo Hyun yang pernah membintangi ‘My Love From the Star’ dan ‘Produce’r juga akan bersatu semua dengan Park Ji Eun dengan watak utama sebagai Baek Hyun Woo, manakala Kim Ji Won akan menjadi isterinya yang bernama Hong Hae In. 

Baek Hyun Woo, yang menjadi kebanggaan kampung Yongduri, adalah pengarah undang-undang konglomerat Queens Group, manakala pewaris keluarga kaya, Hong Hae In adalah ratu Queens Group yang mengusahakan pasaraya serbaneka. 

image is not available
Kim Ji Won - Gambar IG Kim Ji Won

‘Queen of Tears’ akan menceritakan kisah cinta yang lucu, mendebarkan dan penuh keajaiban pasangan suami isteri ini, yang berjaya bertahan dalam krisis dan tinggal bersama walau berdepan dengan segala kemungkinan.

Drama ini akan mula menjalani penggambaran pada 20223 dan akan mula  ditayangkan pada pertengahan tahun. Ia pasti akan menjadi drama yang sangat ditunggu-tunggu oleh peminat Kim Soo Hyun dan Kim Ji Won. – Getaran, 6 Disember 2022 

View Original Article