Kim Swee Jurulatih Baharu Kelab Indonesia, Persis Solo

26 Nov 2024 • 9:01 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Kim Swee Jurulatih Baharu Kelab Indonesia, Persis Solo

KUALA LUMPUR, 26 November (Bernama) — Bekas pengendali Sabah FC Datuk Ong Kim Swee sah dilantik sebagai ketua jurulatih baharu sebuah kelab bola sepak dalam Liga Indonesia, Persis Solo.

Perkara tersebut diumumkan secara rasmi oleh Persis Solo menerusi hantaran di laman Facebook rasmi pasukan itu awal pagi tadi.

Perkembangan itu sekali gus menjawab desas-desus berhubung hala tuju Kim Swee yang turut dikaitkan dengan struktur baharu skuad Harimau Malaya sebelum ini.

Persis Solo ketika ini menghuni tangga ketiga tercorot dalam carta liga dengan mengumpul tujuh mata selepas mengharungi 11 perlawanan.

Khamis lepas, pengendali berusia 53 tahun itu mengumumkan perpisahan dengan skuad Sang Badak selepas kontraknya berakhir secara rasmi 30 Nov ini.

Sejak dilantik pada September 2021, Kim Swee membantu Sabah menamatkan Liga Super dalam kelompok tiga teratas bagi dua musim berturut-turut selain memacu kemaraan ke separuh akhir Zon Asean Piala AFC musim lepas.

Sumber: Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved