Kim Taehyung BTS, Imaan Hamman, Mika Schneider Jadi Penghias Wajah 4 Majalah Vogue Serata Dunia 2022 

13 Dec 2022 • 4:02 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Dari kiri Imaan, Taehyung dan Mia - Gambar dari Twitter @modelsFacts 

Beberapa pengikut dunia fesyen telah mendedahkan bahawa Kim Taehyung atau lebih dikenali sebagai V daripada kumpulan Kpop tersohor, BTS bersama supermodel, Imaan Hamman dan Mika Schneider adalah tiga daripada selebriti di seluruh dunia yang paling banyak muncul sebagai penghias wajah isu Vogue 2022. 

Taehyung, Imaan dan Mika telah menjadi menjadi penghias wajah majalah Vogue yang berbeza sebanyak empat kali pada tahun ini sahaja. 

Kim TaeHyung aka V (Penghibur Korea, Anggota BTS) 

image is not available
Kim TaeHyung

Vogue Korea - January 2022 (bersama BTS) 

Vogue Hong Kong - January 2022 9 (bersama BTS) 

Vogue Singapore - January/February 2022 (bersama BTS) 

Vogue Korea - October 2022 (solo) 

Imaan Hammam (Model fesyen Magribi-Mesir-Belanda) 

image is not available
Imaan Hammam

Vogue Mexico - Julai 2022

Vogue Latin America - Julai 2022

Vogue España - October 2022

Vogue Arabia - December 2022

Mika Schneider (Fesyen Model Jepun-Perancis) 

image is not available
Mika

Vogue Japan - February 2022

Vogue France - February 2022

Vogue Japan - Mei 2022

Vogue Hong Kong - Mei 2022

Apa yang menarik, Vogue Korea telah menamakan Taehyung sebagai 'Ikon Era Ini' sewaktu muncul sebagai penghias wajah majalah ini untuk isu Oktober 2022. 

Ia berikutan beberapa rekod yang berjaya dipecahkan Taehyung termasuk jualan tertinggi untuk majalah K-pop popular dan jualan majalah terbanyak untuk idola K-pop di China.

Untuk isu solo Taehyung pertamanya, Vogue Korea memuji gayanya yang menggoda dan berkuasa yang memberi inspirasi kepada pereka.

Wawancara beliau juga menyentuh tentang keseniannya, hubungan dengan orang ramai dan bagaimana dia mengendalikan populariti dan kemasyhuran. – Getaran, 13 Disember 2022 

View Original Article