Kimlun raih kontrak pembinaan kediaman bertingkat bernilai RM234 juta di Shah Alam

Business & Finance
4 Jun 2024 • 2:20 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Kimlun raih kontrak pembinaan kediaman bertingkat bernilai RM234 juta di Shah Alam

azan

04/06/2024 - 14:20

KUALA LUMPUR 4 Jun - Kimlun Corp Bhd menerusi Kimlun Sdn Bhd meraih kontrak bernilai RM234.27 juta di Shah Alam.

Kumpulan itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata, mereka menerima kontrak pembinaan daripada Saujana Development Sdn Bhd bagi pembangunan kediaman bertingkat di Seksyen U2, Shah Alam.

"Kerja pembinaan itu dijangka siap pada suku ketiga 2026," katanya.

Projek itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih kumpulan bagi tahun kewangan sepanjang tempoh kontrak.

Tiada pengarah dan/atau pemegang saham utama syarikat atau orang yang berkaitan mempunyai sebarang kepentingan, secara langsung atau tidak langsung, dalam kontrak tersebut. - DagangNews.com

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved