Kimlun terbit kertas komersial Islam RM5.81 juta untuk keperluan modal kerja

Business & Finance
18 Jan 2024 • 6:21 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Kimlun terbit kertas komersial Islam RM5.81 juta untuk keperluan modal kerja

diyana

18/01/2024 - 18:21

KUALA LUMPUR 18 Jan - Kimlun Corporation Berhad menerbitkan kertas komersial Islam (ICP) setahun berjumlah RM5.81 juta dalam nilai nominal menurut Program ICP.

Kimlun dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia hari ini berkata, hasil yang diperoleh daripada terbitan ICP itu akan digunakan untuk tujuan korporat am kumpulan.

Di samping itu, syarikat pembinaan itu akan menggunakan hasil tersebut untuk memenuhi keperluan modal kerja dan perbelanjaan modal kumpulan.

ICP telah dikeluarkan menurut terma dan syarat utama Program ICP yang diserah simpan dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia pada 4 Oktober 2021.

OCBC Al-Amin Bank Berhad alah pengurus utama bagi penerbitan ICP. - DagangNews.com