Kinergy sasar manfaatkan perniagaan tenaga bersepadu, Apex Securities mulakan liputan saran 'beli' saham

LocalBusiness & Finance
23 Jul 2026 • 12:45 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Kinergy sasar manfaatkan perniagaan tenaga bersepadu, Apex Securities mulakan liputan saran 'beli' saham Image from: Kinergy sasar manfaatkan perniagaan tenaga bersepadu, Apex Securities mulakan liputan saran 'beli' saham amree23/07/2026 - 12:45 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 23 JulaiKinergy Advancement Berhad berada pada kedudukan strategik untuk memanfaatkan peralihan pesat tenaga bersepadu dan ledakan pembangunan pusat data (DC) di Malaysia.

 

Menurut Apex Securities, model perniagaan itu dijangka menjadi pemangkin pertumbuhan, meskipun ia masih berdepan cabaran kontrak baharu, peningkatan kos pembinaan dan kekurangan tenaga kerja mahir.

 

Justeru, firma tersebut memulakan liputan dengan saranan 'beli' ke atas saham kumpulan itu dan harga sasaran (TP) 67 sen, mewakili potensi kenaikan 71.8% daripada harga semasa 39 sen ketika ini.

 

"Kinergy juga muncul satu-satunya syarikat tenaga tersenarai di Malaysia menawarkan rumusan tenaga boleh diperbaharui (RE), tenaga bersih, kecekapan tenaga dan perkhidmatan kejuruteraan," katanya. 

 

Situasi itu ujar Apex Securities, mewujudkan kelebihan daya saing yang sukar ditandingi, dan mudah memenangi banyak projek merentasi pelbagai segmen, selain kadar kemenangan projek sekitar 80%.

 

Situasi tersebut menyokong margin keuntungan lebih tinggi berbanding pesaing dan ia turut melihat portfolio pendapatan berulang berasaskan aset sebagai pemacu utama pertumbuhan syarikat berkenaan.

 

Kinergy_DagangNews2026

 

Keadaan itu katanya, mampu menjana aliran tunai Kinergy secara konsisten tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada pengisian semula buku tempahan projek, menerusi aset operasi berkapasiti 28 MW.

 

"Kami juga menyifatkan segmen perkhidmatan kejuruteraan sebagai enjin pertumbuhan kedua, didorong permintaan tinggi terhadap kerja mekanikal, elektrikal dan infrastruktur DC," ujar Apex Securities.

 

Dengan status pendaftaran 'CIDB Gred 7, kepakaran mekanikal dan elektrikal (MEP) serta hubungan kukuh dengan pelanggan industri, syarikat dilihat berada pada kedudukan baik untuk meraih manfaat.

 

Firma itu menjelaskan sebarang sumbangan daripada projek penjana tenaga bebas (IPP) masih belum dimasukkan dalam asas penilaian TP, dan membuka ruang luas peningkatan nilai saham Kinergy sendiri.

 

Apex Securities menetapkan TP berdasarkan purata nisbah harga kepada pendapatan (PE) sektor utiliti sebanyak 22.7 kali ke atas unjuran keuntungan bersih teras syarikat pada FY28 sebanyak RM64 juta.

 

"Sahamnya masih dinilai menarik berbanding syarikat setara, dan kadar pertumbuhan tahunan terkumpul keuntungan bersih diunjur 24.8% dalam tempoh dua tahun akan datang," katanya. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved