
Pemandu ‘king’ didakwa cuba menggunakan laluan motosikal
‘King’ Buat Hal Lagi, Cuba Lintas Jalan Guna Jejambat Motosikal. Seperti yang diketahui umum, kereta Perodua Myvi yang juga dikenali sebagai ‘king of the road’ di Malaysia, kerap mendapat perhatian masyarakat berikutan pelbagai isu yang ditimbulkan oleh pemandu kenderaan itu.
Baru-baru ini, menurut sumber, seorang pemandu Myvi berwarna putih dirakam melakukan sesuatu yang luar biasa selepas cuba menggunakan jejantas yang dikhaskan untuk penunggang motosikal sahaja.
Dalam rakaman berdurasi 55 saat yang tular sejak Jumaat itu, kenderaan itu dilihat memasuki laluan yang dilalui oleh penunggang motosikal ketika itu.

Dirakam oleh penunggang motosikal
Dipercayai kejadian itu dirakamkan oleh seorang penunggang motosikal yang melalui laluan berkenaan. Insiden tersebut berlaku di sekitar Puchong, Selangor.
Menerusi video itu, pemandu terbabit cuba mengambil jalan pintas dengan menggunakan laluan motosikal apabila dilihat jalan utama mengalami kesesakan.

Tindakan tersebut menyebabkan motosikal tersekat
Sementara itu, tindakan pemandu itu berbuat demikian menyebabkan motosikal yang melalui laluan tersebut tersekat kerana jalan keluar dari jejambat berkenaan tertutup sepenuhnya oleh kereta berkenaan.
Susulan itu, Myvi putih tersebut dilihat terpaksa mengalah dan berundur ke belakang bagi memberi laluan kepada motosikal untuk melintas.
Dalam pada itu, difahamkan tarikh sebenar kejadian tidak diketahui, dan nasib pemandu juga tidak diketahuim, menurut laporan.
