Kingston DataTraveler Exodia Onyx & DataTraveler 80 M, storan pantas dan mesra peranti mudah alih

Digital
16 Mar 2023 • 6:05 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Anda masih menggunakan pemacu kilat USB untuk kerja atau sebab-sebab peribadi lain? Jika ya, anda boleh dapatkan pemacu kilat keluaran Kingston yang menyediakan pelbagia model dan jenis untuk memenuhi keperluan semasa. Ia juga boleh digunakan sebagai storan tambahan segera untuk peranti mudah alih seperti telefon pintar dan tablet, yang tiada lagi slot kad mikroSD.

Kingston baru-baru ini mengumumkan dua model pemacu kilat baru untuk pasaran di Malaysia. Ia adalah DataTraveler Exodia Onyx dan DataTraveler 80 M. Kedua-dua pemacu ini menyokong teknologi USBB 3.2 Gen 1 untuk pemindahan data yang sangat pantas. Di samping itu, penutup boleh lungsur juga memastikan pelindung tidak mudah hilang dan sentiasa selamat secara fizikal.

Kingston DataTraveler Exodia Onyx

image is not available

Pemacu kilat DataTraveler Exodia Onyx memiliki perumah berwarna hitam, dengan kemasan kasar matte agar tidak mudah tercicir dari genggaman. Terdapat juga lubang di hujungnya untuk diikat bersama rantai kunci, padanan yang menarik bersama kunci rumah atau kunci kenderaan.

Ia serasi digunakan dengan pelbagai sistem, termasuk Windows 11, Windows 10, macOS v.10.15.x ke atas, Linux v4.4 ke atas serta Chrome OS. Selain itu, Kingston memberi jaminan selama 5-tahun serta sokongan teknikal percuma.

image is not available

Terdapat tiga varian dijual di Malaysia dengan harga berikut:

  • 64GB – RM18
  • 128GB – RM36
  • 256GB – RM83

Anda boleh mendapatkannya atas talian di Lazada dan Shopee, serta dari pengedar sah Kingston.

Kingston DataTraveler 80 M

image is not available

Pengguna peranti mudah alih pasti lebih berminat dengan DataTraveler 80 M. Ia menampilkan sambungan USB-C dengan sokongan USB 3.2 Gen 1 dengan kepantasan membaca data sehingga 200Mb/s.

Menerusi USB-C, ia serasi digunakan di pelbagai telefon pintar dan tablet Android, serta iPad yang datang dengan port USB-C. Di samping itu, ia juga boleh digunakan pada komputer dan laptop yang menjalankan sistem oeprasi Windows 11, Windows 10, Windows 8.1, macOS v.10.15.x ke atas, Linux v4.4 ke atas, serta Chrome OS.

image is not available

Kingston juga memberi jaminan selama 5-tahun untuk pemacu kilat ini. Terdapat tiga varian dijual di Malaysia dengan harga berikut:

  • 64GB – RM37
  • 128GB – RM56
  • 256GB – RM98

Anda boleh mendapatkannya atas talian di Lazada dan Shopee, serta dari pengedar sah Kingston.