Kingston umum pemacu kilat XS1000 SSD dan RAM non-binary DDR5 Fury Beast

Digital
1 Jun 2023 • 7:58 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Seteleah beberapa tahun Computex tidak diadakan secara fizikal, tahun 2023 adalah masanya untuk bangkit semula. Kingston tidak mahu melepaskan peluang untuk mempamerkan produk-produk menarik mereka kepada peminat.

image is not available

Dalam banyak-banyak produk yang dilancarkan ada dua yang masih belum ada dalam pasaran. Diumumkan pada Computex 2023, Kingston memaklumkan memilih suku 3 2023 untuk mula memasarkan Kingston XS2000 SSD dan kepingan RAM tak binari DDR5.

Kingston XS1000 SSD

Kingston XS1000 SSD adalah sebuah pemacu kilat kompak. Ia adalah kesinambungan Kingston XS2000 yang memang terkenal dengan tahap mobiliti yang tinggi. XS1000 menawarkan tahap keteguhan tinggi seperti kalis air, kalis debu, dan dengan kelongsong getah yang disediakan, ia juga tahan hentakan.

image is not available

Ia memindahkan data melalui sambungan USB-C 3.2 Gen 2×2 dengan kelajuan sehingga 1,000MB/s simetri antara muat turun dan naik. Pilihan storan yang ditawarkan adalah 1TB dan 2TB.

image is not available

Harga Kingston XS1000 masih belum diumumkan. Namun berdasarkan spesifikasinya, jangkakan ia lebih rendah harganya berbanding Kingston XS2000 yang sedang mereka jual dalam pasaran masa ini. XS2000 memiliki fizikaliti yang sama dengan XS1000. Ia masih gunakan sambungan USB-C 3.2 Gen 2×2 namun kelebihannya adalah pada laju perpindahan sehingga 2,000MB/s yang simetri antara muat naik dan muat turun.

image is not available

Sementara menuggu XS1000, anda bolehlah dapatkan XS2000 yang ditawarkan dalam lebih banyak konfigurasi bermula 500GB sehingga 4TB (LazadaShopee).

Kingston Fury Beast DDR5 RGB

Kingston Fury Beast DDR5 RGB adalah satu lagi produk yang bakal menemui pengguna tak lama lagi. Ia adalah modul RAM untuk desktop dan perkara yang buatkannya menarik bukanlah sebab ia ada lampu RGB sebaliknya ia adalah RAM jenis non-binary.

image is not available

Kelebihan memori jenis non-binary adalah RAM tidak perlu terikat kepada angka binari seperti yang ada pada modul memori konvensional seperti 8GB, 16GB, 32GB, 64GB dan seterusnya. Menggunakan kaedah penghasilan berbeza, Kingston mampu hasilkan DDR5 dengan kapasiti fleksibel antara 8GB hingga 48GB.

Kingston Fury Beast DDR5 RGB beroperasi pada paras antara 4,800 hingga 6,000MT/s dan lampu RGB-nya boleh dikawal menggunakan perisian Kingston FURY CTRL RGB.