Kingston XS1000: SSD mudah alih 2TB, harga bermula RM288

Digital
6 Sep 2023 • 3:10 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Saya tak ingat bila kali terakhir gunakan pemacu kilat. Tapi produk Kingston XS1000 SSD ini agak menarik untuk anda pertimbangkan dan miliki. Ia adalah sebuah pemacu kilat bersaiz poket yang menawarkan storan sehingga 2TB. Ia sangat sesuai untuk jadi solusi storan pencipta kandungan yang sentiasa bergerak.

image is not available
External SSD Campaign

Saiznya adalah 6.95cm x 3.26cm, lebih kecil daripada kad kredit anda dan seberat 29g sahaja. Anda boleh sambungkannya dengan komputer, telefon, dan tablet untuk pindahkan fail-fail agar storan dalaman peranti anda tidak terlalu sesak. Malahan anda juga boleh mengakses fail terus daripada XS1000 SSD melalui sambungan USB 3.2 Gen 2.

image is not available

Berdasarkan helaian spesifikasi, kelajuan perpindahan datanya adalah sehingga 1,050MB/s (baca) dan 1,000MB/s (tulis). Seperti biasa, untuk beroleh kelajuan ini, produk perlulah bersambung dengan port USB 3.2 Gen 2.

image is not available

Storan mudah alih daripada Kingston ini memiliki tanda harga rasmi RM336 (1TB) dan RM585 (2TB). Walau bagaimanapun, saya temui tanda harga lebih murah di Shopee iaitu bermula RM288.

image is not available

Kalau anda mahukan sesuatu yang lebih berkuasa, Kingston XS2000 tawarkan perpindahan data berkelajuan sehingga 2GB/s (tulis & baca) melalui sambungan USB 3.2 Gen 2×2. Penawaran kapasiti juga lebih banyak iaitu 500GB, 1TB, 2TB, ataupun 4TB dalam fizikaliti yang sama sahaja dengan XS1000.

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Bacaan Berkaitan

View Original Article