Kini Anda Boleh Guna Kecerdasan Buatan Aria Di Opera Tanpa Perlu Log Masuk

TechnologyDigital
28 Sep 2024 • 7:59 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Opera kini mengumumkan pengenalan penawaran kecerdasan buatan Aria melalui pelayar web Opera untuk semua, tanpa perlu log masuk ke akaun. Ini berbeza dengan sebelum ini yang memerlukan pengguna log masuk sebelum dapat mengakses kepada ciri kecerdasan buatan Aria berkenaan.

image is not available

Dengan langkah ini, semua pengguna Opera, tidak kira di desktop melalui Opera One, Opera GX atau Opera di Android boleh mengakses Aria tanoa perlu log masuk. Walaubagaimanapun, penawaran yang disediakan adalah terhad kepada beberapa perkara, termasuk hanya membenarkan janaan imej sebanyak lima gambar sahaja sehari. Dengan log masuk, had berkenaan ditingkatkan kepada 30 gambar setiap hari.

Bagi anda yang menggunakan Opera, boleh mengemaskini, dan mula menggunakan Aria tanpa log masuk hari ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved