Kini Anda Boleh Memperbaharui Lesen Memandu Untuk Tempoh 10 Tahun

TechnologyDigital
3 May 2023 • 5:42 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Kementerian Pengangkutan Malaysia hari ini mengumumkan secara rasminya yang mana orang ramai boleh memperbaharui lesen memandu untuk tempoh sehingga 10 tahun.

Untuk mereka yang memilih memperbaharui lesen memandu untuk tempoh 10 tahun, akan turut menikmati diskaun sebanyak 10%. Ini bermakna, bayaran yang akan dikenakan adalah berjumlah RM270 untuk tempoh 10 tahun.

image is not available

Selain pilihan berkenaan, orang ramai masih boleh memperbaharui lesen memandu mengikut tempoh antara setahun ke 10 tahun – mengikut pilihan masing-masing.

Disamping itu, kerajaan turut kini memberikan kebenaran khas kepada mana-mana lesen yang telah tamat sah laku sejak 2018, boleh diperbaharui semula tanpa perlu menjalani sebarang ujian. Inisiatif khas ini hanya berkuatkuasa sehingga 31 Disember 2023 sahaja.