Kini Anda Boleh Muat-Turun Final Cut Pro Untuk iPad

TechnologyDigital
24 May 2023 • 7:15 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apple pada awal bulan ini telah mengumumkan bakal membawa salah satu aplikasi popular di Mac untuk pengguna tablet iPad. Lanjutan daripadanya, kini aplikasi Final Cut Pro telah pun diterbitkan dan sedia digunakan oleh pengguna iPad seluruh dunia.

Final Cut Pro merupakan perisian penyuntingan video yang popular, dan kini ia dioptimasikan untuk iPad dan skrin sentuh. Pengguna boleh melakukan pelbagai penyuntingan video terus pada iPad, termasuk menggunakan Apple Pencil dalam melakukan lakaran.

image is not available

Walaubagaimanapun, tidak semua iPad boleh menggunakannya. Final Cut Pro untuk iPad ini ditawarkan untuk pengguna iPad Pro 11-inci (Gen 4 dan terkini) atau iPad Pro 12.9-inci (Gen 6 dan terkini), serta menyokong Apple Pencil (Gen2).

Final Cut Pro untuk iPad ditawarkan dalam bentuk langganan, dimana ia berharga RM22.90 sebulan, atau RM199 setahun. Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun Final Cut Pro ini di App Store hari ini.