Kini Diburu Pihak Polis, Pekerja Warga Indonesia Pukul Warga Emas Di Kedai Kopi Kuching

29 Mar 2023 • 9:04 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Individu tersebut merupakan salah seorang pekerja di kedai kopi di Kuching

Kini Diburu Pihak Polis, Pekerja Warga Indonesia Pukul Warga Emas Di Kedai Kopi Kuching. Seorang pembekal sayur tempatan telah dibelasah tanpa sebab oleh seorang pekerja kedai kopi warganegara Indonesia ketika hendak menumpang tandas.

Menurut sumber, kejadian tragis ini berlaku pada pukul 1:09 tengahari pada hari Ahad di sebuah kedai kopi berhadapan pasar Petanak.

image is not available
Kini Diburu Pihak Polis, Pekerja Warga Indonesia Pukul Warga Emas Di Kedai Kopi Kuching.

Suspek baru sebulan bekerja di kedai kopi tersebut

Menurut sumber laporan media juga, mangsa yang merupakan pemborong sayur yang membekalkan ke pasar Petanak ini, dikatakan sering minum kopi di kedai tersebut selepas mengutip hasil jualan pada waktu petang.

Ketika kejadian berlaku, suspek yang baru sebulan bekerja di kedai kopi itu secara tiba-tiba memukul mangsa secara bertalu-talu dan menghentakkan sekarton air mineral ke muka mangsa tanpa sebab yang jelas.

image is not available

image is not available
Suspek merupakan pekerja warga Indonesia

Mangsa kini dirawat di HUS

Kejadian tragis itu sempat dirakam litar kamera tertutup (CCTV) di kedai kopi tersebut. Pemilik kedai kopi tersebut terserempak dengan mangsa dan membawanya ke Hospital Umum Sarawak untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Walaupun mangsa sedar diri, dia tidak dapat berkomunikasi seperti biasa. Laporan polis telah dibuat oleh saudara mangsa dan pihak polis sedang giat menyiasat kes ini.

CCTV di kedai kopi tersebut telah merekodkan kejadian dan menunjukkan suspek menunggu mangsa di luar pintu tandas dan memukul mangsa apabila mangsa keluar.

image is not available

Lihat video di bawah:

Suspek dipercayai bawah pengaruh dadah

Mangsa cuba melawan tetapi suspek yang didakwa dalam pengaruh dadah, lalu menanggalkan bajunya ketika sedang bergelut dengan mangsa.

Suspek kemudiannya mengambil sampul surat daripada poket mangsa dan menghentakkan sekarton air mineral ke kepala mangsa sehingga mangsa tidak sedarkan diri.

Lagi artikel semasa, anda boleh baca pautan di bawah: