Kini Gah Terpacak, Tiang Bendera RM30 Juta Jadi Ikon Terbaru Di Sarawak

17 Jun 2023 • 4:10 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Heboh di media sosial hari ini tiang bendera Sarawak sudah pun terpacak!

Kini Gah Terpacak, Tiang Bendera RM30 Juta Jadi Ikon Terbaru Di Sarawak. Hari ini, boleh dikatakan satu Malaysia heboh apabila tiang bendera Sarawak dengan kos RM 30 Juta telah pun berjaya didirikan bersebelahan Dewan Undangan Negeri Sarawak awal pagi tadi.

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi II (Utiliti) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata bendera yang berukuran 312.5 meter persegi (25m x 12.5m) itu akan ditukar setiap bulan.

image is not available
Kini Gah Terpacak, Tiang Bendera RM30 Juta Jadi Ikon Terbaru Di Sarawak. Kredit: Chopie Cakap

Difahamkan, tiang bendera itu mempunyai berat kira-kira satu tan.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata tiang bendera yang menghadap ke Sungai Sarawak akan menjadi mercu tanda ikonik dan tarikan pelancong terkini di negeri itu.

image is not available

Tiang bendera setinggi 99 meter itu berdiri di antara Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Kubu Margherita.

Menariknya, tiang bendera ini mengatasi pemegang rekod sebelumnya di Dataran Merdeka di Kuala Lumpur sebanyak empat meter.

image is not available
Kredit: Fizan Chee

Pada Februari, Pejabat Perdana Sarawak berkata projek itu dibiayai oleh sebuah syarikat swasta sebagai tanggungjawab sosial korporat (CSR) untuk menandakan ulang tahun ke-60 Sarawak sebagai rakan pengasas dalam pembentukan Malaysia.

Nama syarikat itu masih belum didedahkan.

Untuk info, tiang ini dijualkan siap sebelum 30 November tahun ini tetapi pihak kontraktor berjaya mendirikannya sebelum tempoh yang dijadualkan.

Baca lagi artikel menarik: