Kini Terdapat 6 Juta Pembangun Huawei Mobile Services

TechnologyDigital
15 Nov 2022 • 11:05 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Apabila Huawei disekat dari menggunakan sistem operasi Google, mereka terus mengambil langkah drastik, menggunakan sistem operasi tersendiri iaitu Huawei Mobile Services. Sistem ini telahpun menguasakan telefon pintar Huawei bermula dari Huawei Mate 30 Pro, dan sehingga kini telah digunakan oleh pelbagai peranti Huawei.

image is not available

Pada acara Huawei Developer Day yang turut menghimpunkan pembangun-pembangun HMS dari serantau Asia Tenggara, Huawei turut berkongsi mengenai prestasi HMS. Selepas memulakan langkah pada 2018 dengan 560,000 pembangun, kini mereka mempunyai 6 Juta Pembangun berdaftar yang berkebolehan membangunkan aplikasi yang beroperasi pada HMS.

Malah untuk tahun ini, lebih banyak rakan kerjasama yang turut memanfaatkan kemaskini kepada sistem teras HMS Core. Bermula dengan HMS Core 5 yang memberikan akses kepada pembayaran dan pengiklanan, pembangun aplikasi HMS kini boleh menjana keuntungan berasaskan iklan menggunakan Huawei Ads. Malah ia turut berintegrasi dengan aplikasi popular Huawei yang lain, seperti Petal Search, Petal Maps dan pelbagai lagi.

image is not available

Selain dari itu, Huawei turut menyediakan solusi perusahaan untuk permainan, pemetaan, perniagaan serta hiburan. Ini merupakan pembaharuan kepada sistem teras HMS, dan untuk tahun ini sahaja, terdapat sekitar 25,030 HMS Core Open APIs yang dapat dimanfaatkan pembangun, dalam menghasilkan aplikasi berkualiti untuk AppGallery, sekaligus menyasarkan perkhidmatan mereka khas untuk pengguna peranti Huawei.

image is not available

Jelas sekali dengan perkembangan HMS ini, meletakkan mereka di semakin rapat untuk bersaing dengan sistem operasi yang lain. Ini sekaligus memberikan pelbagai pilihan kepada pengguna dalam memilih peranti dan perkhidmatan yang mereka sukai.