‘Kini tiba giliran saya bawa ayah’ - Akmal Saleh

Family & Parenting
17 Feb 2024 • 9:19 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Dr Muhamad Akmal mendukung ayahnya yang tidak mampu berjalan akibat strok ke kedai gunting rambut.

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] "Kini tiba giliran saya pula yang bawa ayah gunting rambut." Demikian luah Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh.

Menerusi satu video yang dimuat naik di laman sosial TikTok, Muhamad Akmal dilihat mendukung bapanya masuk ke kedai gunting rambut.

Dalam rakaman berdurasi satu minit itu, beliau memaklumkan bahawa bapanya sudah lapan tahun tidak boleh berjalan selepas diserang strok.

“Dulu masa saya kecil, setiap bulan wajib ayah akan bawa kami untuk gunting rambut.

“Terima kasih ayah atas pengorbanan ayah pada kami selama ini,” tulisnya pada Jumaat.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengguna di media sosial itu berbangga dengan layanan Dr Muhamad Akmal terhadap bapanya itu.

Menurut @fauzifadzil75, kini sudah tiba masa anak-anak pula membalas jasa ibu bapa.

“Alhamdulillah. YB, anda anak yang baik,” tulis @Peah Ac2.

“Ayah dan mak adalah syurga kita.

"Terbaik Dr, semoga ALLAH pelihara seluruh keluarga Dr,” kata @ajakfz150i.