Kira-kira 300 pakar, penyelidik dan pelajar sertai Persidangan Geosains Kebangsaan ke-37 (NGC 2024) bertema Geosains untuk masa depan mampan
01/10/2024 - 08:13
KUALA LUMPUR 1 Okt – Persatuan Geologi Malaysia (GSM) dan Jabatan Geologi, Fakulti Sains, Universiti Malaya (UM) menganjurkan Persidangan Geosains Kebangsaan selama tiga hari bermula hari ini sehingga 3 Oktober di Wyndham Grand Bangsar, Kuala Lumpur.



