Kisah Abdur Rahman solatkan jenazah 6 ahli keluarga tular hingga ke luar negara

7 Sep 2023 • 6:42 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Video-video waris kepada mangsa kemalangan maut yang mengorbankan enam sekeluarga sekali gus, Abdur Rahman Amir Ruddin menjadi imam sewaktu solat jenazah telah mendapat liputan meluas di media sosial.

Imamkan solat jenazah untuk ahli keluarga

Mana tidaknya, pemuda berusia 19 tahun yang juga merupakan anak sulung Allahyarham Amir Ruddin Ismail, 46, dan Allahyarham Norahimah Noor Muhamad, 43 tetap kuat berdiri mengimami solat jenazah walaupun air mata tak henti mengalir.

Tular hingga ke luar negara

Ternyata hal tersebut bukan hanya menjadi perhatian rakyat Malaysia, tetapi turut tular sehingga ke negara-negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Brunei.

Perkara tersebut dinyatakan pengguna TikTok warganegara seberang di ruangan komen TikTok Abang Soyaaa yang kerap berkongsi perkembangan terbaru Abdur Rahman.

@najmudin.shukor

Sape tengok live @rahmanlah semalam. Nampak ceria dah Rahman. Alhamdulillah. Jangan ada yang ambil kesempatan untuk buat fake acc dan minta sumbangan. #abangsoya #jenazah6sekeluarga #abdulrahmanamirudin #fyp

♬ Kisah Anak Perantauan – Yuvi kristiyanto

Ramai yang sedih dengan berita itu

image is not available

Berita sampai ke Singapura juga

image is not available

Sama-sama kita semua doakan

image is not available

 

Portal berita di Indonesia juga kongsi berita tersebut

Beberapa akaun media sosial dari negara Indonesia juga turut berkongsi berkenaan berita kemalangan tersebut dan kebanyakan warganet disana turut berasa hiba serta berdukacita diatas kemalangan yang telah berlaku.

@timescoid

Kisah pilu Abdul Rahman jadi yatim piatu, kecelakaan maut renggut 6 keluarganya #malaysia #fyp #abdulrahman #viral

♬ original sound – TIMES Indonesia – TIMES Indonesia

Mohon henti buat akaun palsu minta sumbangan

Dalam pada itu, Abang Soyaaa menyatakan ada pihak tidak bertanggunjawab telah mengambil gambar adik kepada Rahman iaitu Abdullah yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan membuat akuan palsu bagi meminta sumbangan.

Jadi, dia berpesan kepada mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan membuka tabung derma atas nama waris mangsa-mangsa supaya berhenti melakukan itu semua.

image is not available

Difahamkan satu-satunya mangsa yang terselamat dalam kemalangan di kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan, Abdullah Amir Ruddin, 15 sudah semakin sembuh apabila sudah sedar dan banyak wayar yang dipasang di badannya sudah dicabut oleh doktor.

Sumber: TikTok Abang Soyaaa, timescoid, X kegblgnunfaedh, Instagram kosmo!