Kisah Anak-Anak Tahfiz, Tertib Dan Tartil Dituntun Cahaya Ilahi

8 Apr 2023 • 9:00 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Setiap pagi, para pelajar Maahad Tahfiz Al-Mawaddah, Puchong menunaikan solat sunat duha - Semua gambar oleh Azim Rahman

Bulan Ramadan memang dikenali dengan bulan penuh ibadah. Masjid-masjid dan surau-surau penuh dengan segala program imarah, dari tadarus hinggalah ke tarawih. Bulan ini juga diisi dengan pelbagai peristiwa sejarah Islam, seperti Perang Badar dan Nuzul Quran.

Menurut laman web Mufti Wilayah, malam 17 Ramadan yang masyhur dengan malam Nuzul al-Quran ialah malam permulaan turunnya al-Quran dari Baitul ‘izzah (langit dunia) kepada Rasulullah SAW secara berperingkat.

Al-Quran, kitab unggul panduan hidup untuk seluruh umat manusia bukan hanya  dibaca dari muka ke muka, tapi seeloknya dipelajari dan didalami maknanya dan dibaca dengan penuh tertib.

Seperti firman Allah SWT dalam surah Al-Qamar, ayat 17:

وَلَقَدْ يَسَّرْنَا الْقُرْآنَ لِلذِّكْرِ فَهَلْ مِن مُّدَّكِرٍ

Maksudnya: “Dan demi sesungguhnya! Kami telah memudahkan al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?”. [al-Qamar:17]

Sempena bulan Ramadan dan Nuzul Quran, kami di Getaran ingin berkongsi dengan para pembaca tentang kehidupan para pelajar Maahad Tahfiz Al Mawaddah Puchong ,Selangor.

Jurugambar kami, Azim Rahman sempat meluangkan masa bersama mereka baru-baru ini dan mengabadikan aktiviti harian mereka dalam bentuk visual.

Katanya, sudah menjadi rutin setiap Ramadan, terutama sekali menuju Nuzul Quran dan Lailatul Qadar, pelajar-pelajar Maahad Tahfiz ini akan sibuk dengan pengajian dan tadarus al-Quran, pengajian kitab tafsir, ceramah dan bacaan doa.

Semua aktiviti ini bertujuan untuk memupuk cinta dan penghayatan terhadap al-Quran dalam kalangan pelajar dan membantu mereka meningkatkan prestasi dan kualiti penghafalan al-Quran.

Selain itu, mereka juga beraktiviti mengikut sunah, seperti melakukan solat sunah duha, solat tarawih dan berbuka puasa dengan makan dalam talam.

image is not available
Persiapan pelajar tahfiz untuk solat duha pada bulan Ramadan di Maahad Tahfiz Al-Mawaddah

image is not available
Rutin harian pelajar tahfiz sebelum memulakan kelas al-Quran dengan membasuh dan menjemur baju

image is not available
Pelajar mengambil air wuduk sebelum membaca al-Quran dan solat

image is not available
Persiapan memakai jubah dan serban sebelum memulakan kelas bacaan al-Quran

image is not available
Maahad Tahfiz Al-Mawaddah, Puchong mempunyai 35 orang pelajar lelaki

image is not available
Pelajar tahfiz paling muda berumur 9 tahun, menunaikan solat sunat duha pada bulan Ramadan

image is not available
Para pelajar tahfiz membaca al-Quran menuju sambutan Nuzul Al Quran

image is not available
Ragam anak tahfiz menunggu giliran membaca al-Quran

image is not available
Tidak lekang dari tangan, mushaf penyuluh hidup

image is not available
Pelajar tahfiz membaca al-Quran sambil diajar oleh Ustaz Muhammad Amar Abd Rahman (kiri)

image is not available
Khusyuk membaca dan mendalami kitab suci al-Quran

image is not available
Untuk berbuka puasa, sunah nabi adalah berbuka dengan kurma terlebih dahulu diikuti makan bersama di dalam talam

image is not available
Para pelajar tahfiz sebelum menunaikan solat sunat Tarawih