Kisah Biarawati Halau Roh, Song Hyekyo & Jeon Yeobin Dilamar Terajui ‘Dark Nuns’

Movie
13 Nov 2023 • 7:45 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Song Hye-kyo dan Jeon Yeo-bin mungkin akan kembali ke layar perak!

Terbaru, media Korea melaporkan bahawa kedua mereka sudah pun ditawarkan untuk membintangi filem “Dark Nuns”.

Respon agensi kedua-dua pelakon tersebut,

Mereka sedang meneliti tawaran filem berkenaan secara positif.

image is not available

Jika Song Hye-kyo menerima tawaran tersebut, ini akan menjadi filem pertamanya dalam sekitar satu dekad sejak film “My Brilliant Life” pada tahun 2014.

“Dark Nuns” dikhabarkan sebagai versi wanita buat filem “The Priests” yang dibintangi Kim Yun-seok dan Kang Dong-won pada tahun 2015 di mana ia meraih 5.44 juta penonton pada ketika itu. Iamengisahkan kisah biarawati gelap yang melakukan sesi menghalau roh.

“Dark Nuns” dilaporkan akan mulai penggambaran pada tahun depan.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.