“Kisah Dongeng Disajikan Adalah Tidak Benar” – Bekas Rakan Kongsi Bongkar Perangai Sebenar Zahnita Wilson?

LocalFamily & Parenting
10 Apr 2025 • 4:10 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
zahnita wilson

Tular di media sosial dakwaan yang dibuat seorang wanita mendakwa sebagai bekas rakan kongsi, Zahnita Wilson.

Dalam perkongsian yang dimuat naik ke Instagram, wanita dikenali sebagai NeysaHZ mendedahkan pelbagai konflik dalaman yang dihadapinya sepanjang bekerjasama dengan selebriti berkenaan.

Bekas rakan kongsi buat dakwaan mengejutkan mengenai Zahnita Wilson

image is not available

Lebih mengejutkan, Neysa mendakwa dirinya antara individu terawal yang membantu Zahnita dari segi kewangan ketika wanita itu berdepan isu rumah tangga.

Dakwanya, apa yang tular sebelum ini sudah dirancang lama oleh Zahnita dan dia terlalu naif sehingga percaya kisah yang diceritakan.

image is not available

Namun, selepas bekerjasama dalam bisnes iaitu dari bulan Ogos 2024 hingga Februari 2025, dia menyedari banyak perkara yang selalu diputarbelit.

“Kisah dongeng” tak benar?

Menurut Neysa, dia tidak berniat untuk mencampuri urusan rumah tangga orang lain kerana dirinya sendiri sedang berdepan kes mahkamah berkaitan tuntutan nafkah anak.

Namun, dia terpaksa bersuara kerana tidak sanggup lagi melihat ‘kisah dongeng’ yang disajikan kepada umum.

image is not available

Dia turut mempersoalkan sikap Zahnita yang menurutnya terlalu mementingkan diri hingga mengabaikan kesejahteraan anak-anak.

Your eldest daughter, dah nak masuk university, your HUSBAND is struggling to pay everything dan dah kerugian banyak saving for kid’s future disebabkan drama you ni Zahnita.

Antara dakwaan paling berat ialah tentang cara Zahnita mengabaikan anak-anak, termasuk seorang anak istimewa, Zayden.

Neysa mendedahkan bahawa dia sendiri pernah menasihatkan Zahnita untuk mendapatkan rawatan dan diagnosis buat Zayden, namun tidak diendahkan.

image is not available

Neysa turut mendakwa suami Zahnita mengalami kerugian besar dan terpaksa menanggung segalanya seorang diri kerana kesan tindakan bekas isterinya itu.

Di akhir kenyataannya, Neysa menegaskan dia bersedia untuk berdepan sebarang saman, malah menyatakan kesediaan untuk bertemu dengan bekas suami Zahnita yang dikenali sebagai Mr Zach.

Kredit: Instagram Neysahz
Baca reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

The post

appeared first on

.