Kisah duka Juventus

Football
15 Sep 2022 • 10:22 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tewas dua aksi Allegri tetap positif mengenai peluang Juventus dalam saingan Liga Juara-Juara. - Foto Agensi.

KISAH dukacita Juventus yang tewas dua aksi berturut-turut dalam saingan Kumpulan H Liga Juara-Juara.

Pada Khamis Benfica yang bangkit meraih kemenangan 2-1, menewaskan juara 2 kali Eropah, Jeventus.

Mendahului seawal minit keempat menerusi Arkadiusz Milik, namun kelebihan itu dipadam oleh dua jaringan Joao Mario dan David Neres pada minit ke-43 dan 55.

"Saya sudah memberitahu pasukan ia boleh berlaku dalam bola sepak.

"Kami perlu bangkit sebagai satu pasukan dengan lebih tanggungjawab," kata jurulatih, Massimiliano Allegri kepada Sky Sport Italia.

Pada aksi pertama peringkat kumpulan, Juventus tewas 1-2 kepada Paris Saint Germain (PSG).

"Kami ada perlawanan penting menentang Monza dan selepas itu akan memikirkan mengenai Eropah. Ia pasti sukar tetapi kami masih ada harapan," kata Allegri.

Benfica kini di tangga kedua Kumpulan H dengan enam mata, terikat dengan PSG yang menang 3-1 di Maccabi Haifa.

Benfica menerima kunjungan Paris St Germain pada 5 Oktober manakala Juventus menentang Maccabi Haifa di Turin.